Ini Faktor Harga Minyak Menjunam!

210
  • Minyak mentah junam 4%
  • Prospek ekonomi suram
  • US dolar lebih kuat

Harga minyak menjunam parah dalam sesi dagangan yang tidak menentu pada pembukaan dagangan 2023, ditekan oleh prospek permintaan dan ekonomi yang menyuramkan serta US dolar yang lebih kuat.

Peningkatan kes Covid dan jumlah kematian di China menjejaskan jangkaan permintaan jangka pendek dalam pengimport minyak mentah utama dunia itu walaupun sekatan telah dihapuskan.

Lebih banyak negara di seluruh dunia memperkenalkan langkah kawalan baru untuk membendung penyebaran wabak dari negara itu, memberi gambaran pemulihan permintaan bahan api tidak akan pulih dengan cepat.

Pada masa yang sama, kebimbangan terhadap kemelesetan terus membelenggu pasaran lebih-lebih lagi selepas amaran dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa 3 ekonomi utama dunia sedang mengalami aktiviti yang perlahan.

Meneliti pergerakan harga minyak mentah pada sesi Asia, niaga hadapan WTI Amerika Syarikat didagangkan lemah pada $76 setong selepas kehilangan 4.1% pada sesi dagangan Selasa.

Sementara itu, dagangan minyak Brent pula suram pada $82 setong susulan kerugian 4.4% yang dicatatkan sebelum ini.

Turut memberi tekanan kepada harga adalah dagangan US dolar yang mempamerkan lonjakan drastik pada Selasa, sekali gus menjejaskan permintaan minyak berikutan komoditi dalam denominasi dolar menjadi lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat