Ini Faktor Yang Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah

200

Pada jam 9.52 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 0.87 mata pada 1,483.77 daripada penutupan Khamis pada 1,484.64.

Ia dibuka rendah ekoran prestasi lemah pada ekuiti Amerika Syarikat (AS) yang diterajui oleh penjualan saham teknologi dan budi bicara pengguna.

Indeks dibuka 0.79 mata pada 1,485.43.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 175 berbanding 111, manakala 185 kaunter pula tidak berubah, 1,855 tidak didagangkan dan 43 digantung.

Jumlah perolehan pada 111.54 juta unit bernilai RM61.16 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan pasaran saham AS susut selepas keputusan kenaikan kadar oleh Bank of England (BoE) membuatkan pemain pasaran bimbang.

Tambahnya lagi, pelabur terus berhati-hati dalam mencerna keputusan pencepatan tapering bagi pembelian bon yang dikeluarkan oleh Federal Open Market Committee (FOMC) yang lebih hawkish.

Selain itu, firma tersebut menyatakan pelabur masih dalam nada berhati-hati terutamanya bagi saham teknologi.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd masing-masing susut 3 sen pada RM8.08 dan RM5.20 sementara IHH Healthcare Bhd naik 6 sen pada RM6.56 dan public Bank Bhd, Petronas CHemicals Group Bhd (PetChem) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kekal RM4.03, RM8.68 dan RM9.24.

Saham aktif memperlihatkan ATA IMS Bhd susut 1 sen pada 67 sen, Fast Energy Holdings Bhd naik 3 sen pada 3.5 sen, Hwa Tai Industrial Bhd tambah 5 sen pada 72 sen dan KNM Group Bhd lonjak 1 sen pada 15 sen sementara Ta Win Holdings Bhd kekal 12.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 11.95 mata pada 10,817.72, indeks FBMT 100 jatuh 9.09 mata pada 10,513.74 dan indeks FBM Emas Shariah kurang 11.17 mata pada 11,626.59.

FBM 70 susut 23.72 mata pada 13,936.34 dan FBM ACE hilang 29.52 mata pada 6,248.59.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menyusut 0.32 mata pada 194.41, indeks Perkhidmatan Kewangan kehilangan 23.06 mata pada 15,198.53 dan indeks Perladangan menurun 3.79 mata pada 6,355.37.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat