Ini Harapan UK Dalam Perjanjian Perdagangan UK Dengan Amerika Syarikat!

287

Pada hari ini, Menteri Perdagangan UK, Liz Truss telah memberi ulasan mengenai hubungan perdagangan antara UK dengan Amerika Syarikat bahawa UK berkehendak kepada pengurangan tarif yang lebih besar daripada perjanjian perdagangan dengan A.S.

UK merancang untuk memulakan rundingan perjanjian dengan Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan New Zealand pada bulan-bulan mendatang, bersama-sama dengan rundingan perjanjian mengenai hubungan masa depan UK dengan Kesatuan Eropah.

Kata Truss dalam satu kenyataan di Parlimen mengatakan bahawa pihak pentabiran UK akan cuba sedaya upaya untuk melakukan rundingan asalkan ia memberi manfaat kepada negara. Selain itu beliau juga mengatakan bahawa UK mengharapkan perjanjian dengan A.S dapat dimenterai bagi mendapatkan pengurangan tarif yang komprehensif, lebih luas dan saling memberi keuntungan antara satu sama lain. Hal ini secara tidak langsung telah memberi ruang kepada perniagaan UK untuk meningkatkan akses kepada pasaran AS, mengurangkan harga barang dan meningkatkan pilihan untuk pengguna UK.

Amerika Syarikat merupakan rakan dagang terbesar UK selepas Kesatuan Eropah dimana A.S menyumbang hampir 19% daripada jumlah eksport UK pada tahun 2018 dan 11% daripada jumlah import. Kedua-dua pihak setakat ini komited untuk mencapai perjanjian pada tahun ini namun masih banyak halangan yang perlu dilalui.

Pada tahun lepas, AS mempunyai objektif perundingan penyingkiran sekatan bukan tarif. Selalin itu, AS juga berharap agar memperolehi akses penuh dalam pasaran produk farmasi dan peralatan perubatan.Setakat ini Kerajaan UK akan mengakaji semula 43 ukuran yang digunakan dalam perdagangan EU.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat