Ini Jangkaan Penganalisis Ekonomi Terhadap Data NFP Malam Ini!

58

Tumpuan utama pasaran hari ini akan beralih kepada data pekerjaan bagi bulan November yang akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam ini. Kekuatan berterusan daripada pasaran buruh hari ini akan menguatkan lagi jangkaan pasaran mengenai kenaikan kadar.

Menurut ramalam konsensus, jumlah pekerjaan dijangka melonjak bulan ini berbanding 161,000 tambahan pekerjaan yang dapat dicapai pada bulan Oktober lalu.

Kadar pengangguran pula dijangka stabil pada 4.9 peratus manakala pendapatan purata dijangka meningkat sebanyak 0.2 peratus.

Pegawai -pegawai Fed optimis bahawa pasaran buruh semakin mendekati matlamat mereka kepada kadar guna tenaga penuh bulan ini walaupun masih terdapat beberapa kelemahan lain dalam pasaran buruh di AS.

Sebegai contoh, partipation rate yang juga merupakan indikator untuk mengukur kadar individu yang aktif mencari pekerjaan pada bulan Oktober telah merosot pada bulan lepas dan menghampiri paras terendah semenjak tahun 1978.

Walaupun begitu, data pada Khamis menunjukkan bahawa tuntutan awal pengangguran kekal berada pada paras 300,000. Data ini menunjukkan bahawa pasaran buruh telah menguat untuk 91 minggu berturut-turut.

Pertumbuhan gaji purata tahunan yang meningkat pada bulan Oktober merupakan salah satu tanda-tanda positif bahawa gaji mereka seiring dengan keadaan ekonomi sebenar.

Pertumbuhan gaji purata tahunan pada bulan Oktober adalah pada 2.8%, kadar terpantas sejak 2009 dan menjadi tanda positif yang akan mencadangkan pengguna boleh mula lulus mereka meningkat pendapatan kepada ekonomi sebenar.

Jadi, apa jangkaan anda untuk bulan November ini?

 

Adakah RBA Akan Mengekalkan Kadar Pada Bulan Disember Ini? Adakah Ia Akan Memberi Impak Kepada Matawang Aussie? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat