Ini Je Reaksi Pelabur Pada Keputusan Mesyuarat Polisi BOJ?

176

Menepati ramalan pasaran, bank pusat Jepun (BOJ) memutuskan untuk kekal dengan dasar monetari semasanya -0.10% dan sasaran hasil bon kerajaan 10 tahun sekitar 0%.

BOJ juga bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir untuk pakej pembiayaan korporatnya yang sepatutnya berakhir pada Mac 2021, sehingga 6 bulan lagi.

Sementara itu, melalui kenyataan yang diterbitkan, bank pusat juga akan melakukan pemeriksaan terhadap kerangka pelonggaran monetari yang lebih efektif dan mapan untuk mencapai sasaran inflasi 2%.

Oleh itu, para pelabur perlu bersedia dengan hasil pemeriksaannya yang dilakukan dengan pelbagai langkah pada mesyuarat polisinya pada bulan Mac tahun depan.

Di bawah kemudahan pendanaan kecemasan, BOJ telah menawarkan untuk membeli sehingga 20 trilion yen dalam bon korporat dan kertas kormesial serta memberikan dana tanpa faedah sebanyak 120 trilion yen hingga 1 tahun kepada bank komersial yang memberi pinjaman kepada perniagaan dan isi rumah.

Hingga akhir November, BOJ telah memberikan dana sebanyak 51.5 trilion yen kepada bank komersial.

Dalam pada tu, pemerintahan Perdana Menteri Yoshihide Suga pada hari Selasa, telah melancarkan rancangan rangsangan fiskal ketiga untuk tahun fiskal semasa sebanyak 73.6 trilion yen.

BOJ telah bekerjasama dengan kerajaan dalam usahanya untuk menyokong ekonomi, dengan menyediakan kadar faedah 0.1% kepada bank-bank yang memberi pinjaman pada perniagaan kecil di bawah skim jaminan pinjaman negara.

Susulan keputusan BOJ, matawang yen Jepun mencatatkan penyusutan berbanding USD selain turut dipengaruhi oleh para pelabur yang mahu mengambil keuntungan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat