Ini Kenyataan Balas Jepun Terhadap Tuduhan Melampau Donald Trump dan Navarro!

66

Jepun akan menjelaskan kepada Amerika Syarikat bahawa pelonggaran dasar monetari di negara itu adalah bertujuan untuk mencapai kestabilan harga dan bukan untuk memanipulasi Yen. Kenyataan ini diutarakan sendiri oleh jurucakap kepada Perdana Menteri Jepun, Suga.

Yoshihide Suga yang juga menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kabinet Jepun memberitahu sidang media bahawa negara tersebut mengadaptasi dasar monetari selaras dengan perjanjian G7 dan G20.

Beliau turut menambah bahawa sebarang perubahan tidak hanya akan menggerakkan matawang secara sebelah pihak sahaja.

Suga berkata demikian selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan penasihat perdagangan AS iaitu Peter Navarro mengkritik China, Jerman dan Jepun. Trump dan Navarro mengatakan ketiga-tiga negara tersebut sengaja menjatuhkan nilai matawang mereka bagi mendapat manfaat ke atas Amerika Syarikat.

Emas Intai Peluang disebalik Dagangan US Dollar yang Huru-Hara

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat