Ini Kenyataan Gabenor BoE Yang Memulihkan Keyakinan Pasaran!

446

Gabenor Bank of England (BOE) pada hari Jumaat telah memberi pencerahan mengenai keadaan ekonomi UK. Andrew Bailey menyatakan bahawa ekonomi UK mula pulih dari penutupan ekonomi yang dilaksanakan sebagai langkah untuk mengekang penularan wabak Covid. Walaubagaimanapun beberapa sektor masih menunujukkan data pekerjaan yang lemah dan prospek jangka panjang yang masih belum jelas.

Menurut Bailey dalam sebuah webinar yang dianjurkan oleb bank pusat bahawa aktiviti ekonomi telah kembali berjalan dan mula menjana ekonomi untuk bertumbuh. Hal ini secara tidak langsung memberi dorongan positif buat ekonomi UK.

Lanjut beliau secara rinci, terdapat tanda-tanda jelas bahawa aktiviti ekonomi kembali dengan baik terutama dalam pasaran hartanah dan jualan kereta. Walaubagaimanapun aktiviti ekonomi seperti sektor hiburan masih lagi merosot walaupun telah membuka banyak peluang pekerjaan kerana gaji yang diberikan adalah sangat rendah.

Bagi Bailey, persoalan besar yang masih menjadi tanda tanya ialah tetang bagaimana rakyat UK untuk kembali kepada gaya hidup yang diamalkan sebelum krisis pandemik Covid-19. Dalam masa yang sama terdapat kemungkinan wabak Covid-19 fasa kedua untuk melanda negara tersebut.

Setakat ini, BoE masih belum dapat memberi data yang tetap mengenai jangkaan impak Covid-19 dalam jangka masa panjang. Pada awal minggu, para penganalisis meramalkan bahawa ekonomi UK akan menguncup lebih dari 14% pada ini jika terdapat kerosakan yang berpanjangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat