Ini Kenyataan Yang Dikemukakan Pada Mesyuarat Polisi BOC

486

Keputusan mesyuarat dasar polisi bank pusat Kanada yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur akhirnya terjawab semalam setelah Bank of Canada (BOC) mengumumkan kadar faedah terus dikekalkan di paras 1.75%.

Namun apa yang menjadi perhatian pelabur adalah kenyataan susulan bank pusat selepas kadar faedah ditetapkan bagi mendapatkan isyarat penetapan kadar untuk mesyuarat yang akan datang.

Kenyataan yang dikemukakan oleh BOC ditafsir lebih dovish berbanding jangkaan pasaran dengan menjuruskan kepada isu ketegangan perdagangan yang berterusan mempengaruhi unjuran.

Berikut adalah sebahagian kenyataan utama yang digariskan mesyuarat polisi BOC.

Bank pusat menyatakan tahap kemudahan yang ditetapkan adalah masih bersesuaian dengan keadaan semasa. Ekonomi Kanada menunjukkan potensi pertumbuhan namun unjuran masih dibayangi oleh ketegangan perdagangan yang berlarutan.

Unjuran pertumbuhan GDP tahunan untuk suku tahun pertama meningkat kepada 0.4% daripada 0.3%, unjuran suku kedua meningkat kepada 2.3% berbanding 1.3% dan unjuran GDP suku tahun ketiga meningkat kepada 1.5%.

Pertumbuhan pada suku kedua adalah lebih kukuh berbanding jangkaan berikutan terkesan oleh faktor sementara termasuk perubahan cuaca dan peningkatan pengeluaran minyak.

Unjuran pertumbuhan global untuk tahun 2019 diturunkan kepada 3.0% daripada 3.2% sementara unjuran partumbuhan global untuk tahun 2020 pula diturunkan kepada 3.2% berbanding 3.3%.

Pasaran perumahan negara stabil dengan perubahan signifikan masih berlaku di sesetengah kawasan. Penurunan kadar gadaian jangka panjang turut menyokong aktiviti sektor perumahan.

Kadar inflasi secara keseluruhan dijangka menurun tahun ini berdasarkan pada harga petrol dan faktor-faktor yang lain, dijangka menurun kepada 1.6% untuk suku ketiga sebelum kembali meningkat kepada 2.0% pada suku keempat.

Bank pusat juga akan memantau perkembangan sektor tenaga dan impak daripada konflik dagangan yang berlaku.

Selain itu, pelaburan dalam sektor minyak dijangka akan kembali stabil pada tahun 2020 dan kadar eksport bakal meningkat secara beransur-ansur dan seterusnya perbelanjaan pengguna dijangka akan turut meningkat.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat