Ketika pergerakan pasaran masih perlahan dengan pembukaan dagangan Julai yang suram semalam, tumpuan hari ini (Selasa) terarah pada keputusan mesyuarat bank pusat Australia.
Tiada kejutan seperti yang berlaku pada mesyuarat sebelum ini, Reserve Bank of Australia (RBA) menepati ramalan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.10% setelah menaikkan kadar 25 mata asas berturut-turut pada mesyuarat sebelumnya.
Ini telah dijangkakan penganalisis berdasarkan petunjuk data yang diterbitkan sebelum ini dengan bacaan angka kadar pertumbuhan ekonomi serta inflasi Australia yang menunjukkan penurunan.
Carta harga pasangan mata wang AUD/USD diberi tumpuan ketika keputusan mesyuarat tersebut sebentar tadi.
Harga pamer penyusutan pada reaksi awal mesyuarat tersebut, namun penurunan tidak ketara dan harga dilihat kembali pulih di awal sesi Eropah.
Penyusutan dolar Aussie agak terhad berikutan pasaran dilihat masih melihat ruang untuk RBA meneruskan lagi langkah kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Ogos pula.
Namun jika harga terus susut bergerak di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 di carta AUD/USD tersebut, corak penurunan berkemungkinan akan diteruskan menguji paras sokongan minggu lalu sekitar 0.66000.
Penurunan seterusnya bakal dilanjutkan menuju zon support 0.65400 untuk rekod terendah harga 5 minggu.
Sementara, untuk jangkaan kenaikan harga pula, rintangan adalah di paras 0.67000 yang perlu diuji untuk ditembusi.
Meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga bakal menuju zon SBR (support become resistance) 0.67500 dan seterusnya pada 0.68300 yang menjadi antara tumpuan.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG