Ini Kesan ‘Powell’ Point Presentation Pada Ekuiti Di Pembukaan Disember

262

Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell akhirnya akur dengan kehendak pasaran apabila menyatakan keperluan untuk memperlahankan tempo kenaikan kadar faedah ‘seawal Disember’ dalam komennya semalam.

Berbeza dengan komen-komen bernada hawkish beliau sebelum ini, kenyataan terbaru tersebut jelas melegakan kebimbangan pelabur walaupun Powell menggariskan inflasi masih tinggi dan bank pusat belum rancang menamatkan pengetatan dasar.

Ulas eksekutif Horizon Investment Services, Chuck Carlson, ia telah memberi ‘nafas baru’ dan keterjelasan mengenai prospek kenaikan kadar, seterusnya memberi nilai positif kepada ekuiti untuk jangka pendek.

Berita baik itu telah memberi kelebihan kepada aset berisiko sementara menolak turun greenback dan hasil Perbendaharaan sejurus selepas komen Powell dilontarkan.

Ekuiti Amerika Syarikat (AS) ditutup dalam rali dengan Dow Jones Industrial naik 2.18% pada 34,587.77, S&P 500 canak 3.09% pada 4,080.11 dan Nasdaq Composite lonjak 4.41% pada 11,468.00.

Ketiga-tiga indeks utama tersebut mencatat bacaan bulanan ke-2 terbaiknya dengan S&P capai 5.4%, Dow Jones naik 5.7% dan Nasdaq lonjak 4.4%.

Tolok MSCI saham seluruh dunia naik 2.47%, canak 7.9% pada bulan November iaitu paras tertinggi bulanan sejak tempoh sama 2020.

Kecemerlangan tersebut bersambung ke sesi dagagan Asia dengan Nikkei 225 Jepun naik 1.13%, Topix tambah 0.25%, Kospi Korea Selatan canak 0.77% dan S&P/ASX 200 Australia lonjak 0.82%.

Pada sisi berbeza, penanda aras nota 10 tahun turun 12.6 mata asas pada 3.622% dari 3.748% sementara bon 30 tahun jatuh 4.7 mata asas pada 3.7546% dari 3.802% dan nota 2 tahun susut 13.6 mata asas pada 4.337% dari 4.473%.

Indeks dolar turut mengalami kejatuhan dengan greenback turun 0.795% sementara Euro naik 0.75% pada $1.0404, Yen kukuh 0.47% berbanding dolar pada ¥138.07 dan Sterling canak 0.79% pada $1.2048.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat