Ini Kesan Terhadap Dagangan Komoditi Berikutan Data AS Yang Lemah

340

Harga minyak kembali stabil pada sesi Asia selepas mengalami penyusutan susulan laporan minyak mentah AS yang menunjukkan peningkatan sebanyak 3.1 juta tong minggu lalu melebihi daripada yang dijangkakan.

Terdapat juga tanda-tanda bahawa ketegangan geopolitik semakin reda di Timur Tengah yang mengimbangi harga minyak daripada meningkat lebih tinggi susulan insiden serangan serangan dron ke atas kilang pemprosesan minyaknya dengan kesalahan diletakkan pada Iran yang kemudiannya dinafikan oleh negara tersebut.

Sementara itu dalam laporan berasingan oleh Reuters, pengeksport minyak di Arab Saudi dijangka meningkatkan harga minyak mentah yang dijual di Asia pada bulan November berikutan serangan tersebut yang menjejaskan bekalan minyak negara itu.

Rentetan daripada serangan itu, syarikat minyak Aramco terpaksa menurunkan inventori, menukar gred minyak, menangguhkan dan mengurangkan pengeluaran domestik untuk memenuhi permintaan bekalan kepada pelanggan.

Bagi perkembangan dagangan emas pula, harga emas mengalami penurunan di Asia hari ini namun direkodkan memperoleh kembali paras $1,500 berikutan data daripada Amerika Syarikat yang melemahkan sentimen pelabur.

Logam kuning ini didagangkan lebih tinggi pada awal dagangan selepas data pekerjaan ADP lebih rendah daripada jangkaan dan diburukkan lagi oleh kekecewaan terhadap data sektor pembuatan yang dikeluarkan pada Selasa.

Para penganalisis ekonomi dan pelabur mula menjangkakan bahawa satu lagi siri pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) disebabkan data-data yang menunjukkan kelembapan pertumbuhan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat