Ini Komen Ketua Ekonomi ECB Mengenai Kenaikan Hasil Bon Semasa

264

Bank Pusat Eropah (ECB) ada memantau lonjakan hasil bon kerajaan baru-baru ini tetapi tidak akan berusaha untuk mengawal keluk hasil, kata ketua ekonomi ECB Philip Lane pada hari Jumaat.

Hasil bon yang meningkat terutamanya sejak seminggu yang lalu, sebahagiannya didorong oleh peningkatan hasil perbendaharaan AS.

Lane yang bercakap kepada sebuah akhbar Sepanyol memberitahu bahawa, kesan penguncupan ekonomi dilihat lebih kurang berbanding tahun lalu dan bank pusat menjangkakan impak pandemik Covid-19 akan kembali pulih pada akhir tahun ini.

Apabila disoal mengenai kebimbangan terhadap peningkatan inflasi, Lane mengatakan bahawa, apa yang dilihat sekarang bukanlah perubahan yang signifikan dan berterusan dalam inflasi.

Malah, beliau melihat peningkatan inflasi sebenarnya adalah berita baik, kerana ini menunjukkan senario ekonomi dunia yang menuju ke arah pemulihan.

Pada tahap ini, pengurangan hasil yang berlebihan akan tidak konsisten dengan memerangi kejutan pandemik ke arah inflasi, jadi bank pusat akan terus memerhatikan kenaikan hasil dari hari ke hari.

Semua persoalan mengenai inflasi akan menjadi fokus utama bank pusat, terutamanya ketika ECB mempunyai ramalan baru terhadap inflasi. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa program pembelian kecemasan pandemik (PEPP) akan digunakan secara fleksibel sebagai tindak balas terhadap situasi pasaran, kata beliau lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat