Bank Pusat Eropah pada hari ini baru sahaja mengambil keputusan untuk meluluskan langkah rangsangan baru pada hari Khamis bagi membantu blok Eropah menangani wabak koronavirus. Walaubagaimanapun, bank pusat eropah memilih untuk mengekalkan kadar faedah dengan mengatakan bahawa kerajaan zon eropah harus memainkan peranan penting dalam mencegah pandemik ini.
Presiden ECB,Christine Lagarde memberitahu sidang media bahawa virus itu akan mempunyai “kesan yang signifikan terhadap aktiviti ekonomi” walaupun ia bersifat sementara. Beliau menambah bahawa dasar fiskal yang selaras diperlukan.
Setakat ini telah berjuta-juta orang telah diarahkan untuk berkurung, pasaran kewangan berada dalam keadaan tidak seimbang, syarikat-syarikat bergelut dengan masalah rantaian bekalan. Rentetan hal tersebut, ECB mengatakan bahawa mereka akan menawarkan pinjaman perniagaan yang lebih murah, meningkatkan pembelian aset dan menyediakan bantuan modal kepada bank.
Lagarde juga memberi komentar, adakah zon eropah akan berhadapan dengan kemelesetan? Menurut beliau , hal tersebut tergantung kepada tindak balas segera yang diambil dalam mencegah wabak koronavirus. Tambah Lagarde, bahawa dasar fiskal lebih utama berbanding dasar monetari.
ECB berkata ia akan melancarkan pinjaman murah untuk bank, pada kadar faedah serendah -0.75%, dan meningkatkan pembelian bon sebanyak 120 bilion euro menjelang akhir tahun ini.
Kesan wabak koronavirus telah menyebabkan matawang euro menyusut, hasil bon 10 tahun Itali melonjak ke paras tertinggi selama 7 bulan dan saham jatuh menjunam sebagai tindak balas terhadap pengumuman ECB.