Ini Masa Terbaik Untuk Beli Kereta, Tinggal 4 Bulan Saja Lagi Ni!

2,909

‘Sibuk pasal vaksin dengan Omicron sampai lupa Bajet 2022 ada bagi insentif khas untuk beli kereta.’

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan tinggal 4 bulan sahaja lagi untuk rakyat Malaysia menikmati insentif cukai pembelian kereta tempatan dan kereta import.

Di bawah pembentangan Bajet 2022 tahun lalu, Kementerian Kewangan telah melanjutkan tempoh intensif cukai jualan kereta sehingga 30 Jun 2022, dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan dan mendorong pembangunan sektor automobil.

Menurut beliau dalam Laporan Kewangan Rakyat, menyatakan insentif cukai tersebut menyaksikan 100% pengecualian cukai jualan bagi kereta tempatan yang dipasang dalam negara dan 50% pengecualian bagi kereta import termasuk kenderaan jenis MPV dan SUV.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan telah meyalurkan sebanyak RM20.355 bilion kepada 357,530 majikan melalui Program Subsidi Gaji dalam usaha mengekalkan penggajian 2,953,820 pekerja tempatan bagi mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Setakat 11 Februari ini, Tengku Zafrul menyatakan sebanyak RM17.44 juta telah disalurkan kepada 1,744 majikan untuk meneruskan operasi dan mengekalkan penggajian sebanyak 29,065 pekerja.

Bagi Skim Pembangunan Usahawa Masyarakat India, setakat 18 Februari ini sebanyak RM21.72 juta telah diberikan kepada 902 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS).

Sementara itu, di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan telah memperuntukkan RM700 juta bagi membantu serta menggalakkan PKS dan syarikat peringkat pertengahan beralih ke pendigitalan saluran operasi dan perdagangan.

Dan setakat 11 Februari, sebanyak RM91.8 juta telah dilaburkan ke 13,891 perusahaan dalam bentuk geran dan pinjaman langganan perkhidmatan pendigitalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat