Ini Mata Wang Yang Menderita Angkara Pengukuhan USD!

1,137

Raja mata wang US dolar terus mengekalkan penguasaannya di paras ketinggian dua tahun sehingga ke sesi Eropah dengan masih disokong oleh laporan minit mesyuarat FOMC.

Minit mesyuarat yang diterbitkan menunjukkan kebanyakan para penggubal dasar bersedia untuk kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada pertemuan polisi yang akan datang.

Penggubal dasar Fed juga bersetuju untuk mengurangkan kunci kira-kira (balance sheet) sebanyak $95 juta sebulan yang merangkumi $60 bilion pegangan Perbendaharaannya dan $35 bilion sekuriti bersandarkan gadai janji dalam tempoh tiga bulan.

Pengukuhan dolar greenback telah mendorong mata wang komoditi, dolar Aussie dan New Zealand merosot daripada paras tertinggi bulanan selepas kenyataan hawkish Fed telah meredakan keterujaan pelabur terhadap prospek kenaikan kadar oleh Bank Pusat Australia (RBA).

Dolar Kanada juga susut ke paras terendah satu minggu di tengah kelemahan dagangan minyak mentah dunia dan US dolar yang kuat. Data pekerjaan Kanada pada Jumaat akan menjadi tumpuan pelabur dolar loonie menjelang penutup dagangan hujung minggu.

Sementara itu, euro terus didagangkan suram di paras terlemah hampir dua tahun menjelang penerbitan minit mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) yang dijangka tidak hawkish seperti Fed.

Di sisi lain, mata wang yen ditekan di paras terendah satu minggu berbanding US dolar selepas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran terhadap ekonomi Jepun untuk tahun ini disebabkan peningkatan harga komoditi dari krisis Ukraine-Rusia.

Acara yang akan menjadi tumpuan pelabur pada sesi New York hari ini adalah laporan tuntutan pengangguran AS, ucapan penggubal dasar Fed dan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat