Ini Nasib Emas Menjelang Hujung Minggu!

2,242

Dagangan emas kekal terbatas pada hari Jumaat ketika hasil perbendaharaan AS 10 tahun meneruskan kenaikan lebih jauh dan US dolar yang terus kukuh.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan meningkat $1,925 per auns, selepas jatuh lebih jauh pada $1,913 per auns ketika sesi New York.

Mesyuarat FOMC pada hari Khamis telah menyaksikan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedah satu kali lagi pada tahun ini dan mengekalkannya tinggi lebih lama.

Hal ini telah memberi sokongan buat hasil bon AS 10 tahun untuk meningkat ke paras tertinggi baharu 16 tahun pada 4.50%, sekali gus melemahkan permintaan terhadap logam kuning emas.

Aset emas yang tidak memberikan hasil cenderung untuk jatuh jika hasil bon AS meningkat.

US dolar juga kekal kukuh pada sekitar paras tertinggi enam bulan berbanding mata wang utama walaupun sedikit susut pada sesi terdahulu disebabkan data yang bercampur-campur.

Pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) dan penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat, UK dan Zon Eropah pada hari ini.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat