Ini Pandangan Semasa Yellen Mengenai Inflasi!

259

Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen mengatakan pada hari Khamis bahawa beliau menjangkakan kadar inflasi yang lebih tinggi akan berterusan hingga akhir tahun sebelum turun semula.

Ketika bercakap dalam siding yang diadakan oleh jawatankuasa kecil Peruntukan Rumah AS, Yellen menyatakan pandangan beliau bahawa kenaikan inflasi baru-baru ini adalah bersifat sementara.

Terdahulu, indeks harga pengguna (CPI) yang menjadi ukuran kadar inflasi dilaporkan telah meningkat 0.8% pada bulan April, dan 4.2% dalam tempoh 12 bulan, iaitu kadar tahunan terpantas sejak tahun 2008.

Susulan itu, kebimbangan terhadap kenaikan inflasi ini telah disuarakan oleh beberapa individu yang bukan sahaja pembuat dasar dari Federal Reserve (Fed), tetapi juga parti Republik yang dijadikan alasan mengapa mereka menentang rancangan perbelanjaan besar-besaran oleh Presiden Joe Biden.

Larry Summers, seorang bekas pembuat dasar ekonomi tertinggi semasa pemerintahan Clinton dan Obama, juga telah menimbulkan kebimbangan tentang inflasi dan menyarankan agar beberapa tekanan dapat dilepaskan dengan membayar perbelanjaan infrastruktur menggunakan dana dari bantuan coronavirus.

Dalam pada itu, Yellen turut menambah bahawa krisis pandemik Covid-19 telah menyebabkan perubahan besar dalam pola perbelanjaan.

Angka inflasi yang tinggi pada bulan April sebahagiannya mencerminkan lonjakan semula harga di beberapa sektor seperti pelancongan dan penerbangan yang turun mendadak pada tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat