Ini Pandangan Terkini Para Pedagang Mengenai Kadar Faedah Dibawah Sifar!

490

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell, dalam ulasan tinjauan ekonomi beliau menyatakan bahawa negara A.S berkemungkinan terpaksa berhadapan fasa pertumbuhan yang lemah lebih lama dan pendapatan yang mendatar. Beliau berjanji akan mengoptimumkan bidang kuasa the Fed jika diperlukan dan berkemungkinan akan menerapkan lebih banyak perbelanjaan fiskal.

Dalam masa yang sama, beliau memberi indikasi bahawa ekonomi AS berkemungkinan berhadapan risiko yang lebih besar berikutan impak penularan wabak Covid-19. Walaubagaimanapun, A.S telah memberi tindak balas yang pantas dan kukuh. Namun harus ditekankan bahawa pemulihan ekonomi akan mengambil masa untuk mengembalikan momentum pertumbuhan.

Jika risiko kesihatan ini masih berterusan maka semakin besar kemungkinan sektor perniagaan akan berhadapan dengan kegagalan dan pendapatan isi rumah akan merosot lebih teruk. Tinjauan yang dilakukan oleh the Fed baru-baru ini mendapati bahawa 40% daripada isi rumah akan terkesan.

Akhir sekali, Powell berpendapat bahawa hasil terburuk mungkin yang akan dihadapi ialah pertumbuhan produktiviti rendah yang lebih lama dan pendapatan yang mendatar. Ketika itu rangsangan fiskal tambahan akan lebih berisiko namun ia dapat menghindari impak yang lebih buruk dalam jangka masa panjang.

Para pedagang berpendapat kebarangkalian the Fed akan mendorong kadar faedah di bawah sifar semakin rendah selepas Jerome Powell mengatakan bahawa ia tidak menjadi pertimbangan buat masa ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat