Ini Paras Terendah Terbaru EUR/USD Cecah Tahun 2021

577

Minit mesyuarat FOMC yang menjadi tumpuan para pelabur di awal pagi ini telah menyaksikan penyusutan nilai US dolar selepas laporan diterbitkan.

Meneliti butiran minit, pelabur masih tidak mendapat sebarang petunjuk untuk penetapan waktu untuk langkah pengurangan pembelian bon (tapering) oleh bank pusat.

Namun, menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Khamis, US dolar dilihat kembali pamerkan pengukuhan semula berikutan sentimen pasaran berisiko memberi kelebihan kepada mata wang safe-haven.

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) juga memberi petunjuk sentimen risk-off pasaran apabila indeks-indeks utama paparkan kemerosotan.

Perhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, selepas penurunan harga pada Selasa lalu, harga mendatar di atas zon support 1.17000 menantikan laporan minit mesyuarat FOMC.

Susulan laporan diterbitkan, harga melonjak menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam namun gagal untuk melepasinya sebelum perlahan semula di zon support 1.17000.

Menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini, sentimen risk-off telah mendorong penurunan harga ke bawah zon support 1.17000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru untuk tahun ini.

Setakat jam 9.30 waktu tempatan, harga telah susut ke paras sekitar 1.16850 dan dijangka akan meneruskan penurunan lebih rendah bersambung ke sesi-sesi berikutnya.

Penurunan terbaru bakal menuju ke paras sekitar 1.16000 untuk menguji zon tumpuan tersebut yang sebelum ini merupakan zon support harga ketika dagangan September dan Oktober 2020.

Untuk situasi kenaikan harga pula, jika harga kembali bergerak di atas paras 1.17000 semula, pelabur akan menantikan isyarat lebih jelas untuk pergerakan bullish harga.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menuju semula ke paras rintangan tumpuan pada 1.18000 yang diuji pada dagangan penghujung minggu lalu selepas lonjakan harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat