Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde tampil mengurangkan keresahan pasaran mengenai hala tuju inflasi. Beliau pada hari ni menyatakan bahawa ECB akan menahan diri daripada melakukan perubahan drastik dan bertekad untuk tidak bertindak melampaui batas terhadap kenaikan harga yang sementara ini.
Dengan tekanan inflasi yang terus meningkat yang didorong oleh banyak faktor bermula dari peningkatan harga dalam tenaga sehinggalah kepada hambatan dalam bekalan hambatan,kos pinjaman zon euro telah meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana para pelabur memiliki jangkaan kenaikan kadar faedah lebih awal.
ECB dalam persidangan menyatakan bahawa cabaran utama adalah bagi memastikan bahawa ECB tidak akan bertindak melampaui batas terhadap kejutan dalam penawaran. Justeru ECB memberi penekanan bahawa “kami hanya akan bertindak balas terhadap peningkatan inflasi utama yang kami yakin ia mendasari inflasi yang dinamik”.
Inflasi boleh meningkat setinggi 4% pada akhir tahun ini, iaitu dua kali ganda daripada kadar sasarannya. Namun Lagarde berpendapat bahawa kenaikan harga menurun dengan cepat dan berada di bawah kadar sasaran untuk tahun-tahun akan datang.
Disisi lain, pertumbuhan upah masih lagi mendatar dan kadar pengangguran di jangka akan jatuh di bawah paras pra-krisis sehingga suku kedua tahun 2023.