Ini Pergerakan Pasaran Perlu Diketahui Trader Menjelang FOMC!

1,051

US dolar didagangkan stabil pada hari Rabu berbanding matawang utama menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan A.S., di mana para pelabur akan meneliti dan menantikan indikasi the Fed terhadap lonjakan inflasi sejak akhir-akhir ini.

The Fed dijangkan akan mengakhiri mesyuarat polisi dan mengeluarkan unjuran ekonomi baru bersama pernyataan polisi pada awal pagi Khamis waktu Malaysia.

Bank pusat dijangka akan memberi tindak balas terutama mengenai program pembelian bon yang dilancarkan pada tahun 2020. Para pelabur menjangkakan bahawa the Fed akan mengekalkan pendirian mereka dan tidak akan mengeluarkan sebarang petunjuk untuk mengurangkan rangsangan dalam masa terdekat.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding matawang utama didagangkan pada paras harga 90.532 dengan peningkatan sebanyak 0.03%. Euro mula susut berbanding US dolar, kepada paras $ 1.2114.

Disisi berbeza matawang pound terus mengukuh berbanding matawang utama semasa pembukaan pasaran Eropah berikutan mendapat rangsangan dari kenaikan harga pengguna yang melebih sasaran BOE.

Bacaan inflasi UK meningkat kepada paras 2.1% pada bulan Mei berbanding 1.5% pada bulan April.

Pemain pasaran akan meneliti sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) untuk sebarang perubahan nada dari Ketua Fed Jerome Powell mengenai pendirian mereka terhadap inflasi iaitu sama ada sementara atau berterusan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat