Ini Pergerakan Pasaran Perlu Diketahui Trader Menjelang Hujung Minggu!

1,223

US dolar catat pergerakan yang perlahan pada hari Jumaat berikutan sentimen berisiko yang semakin pulih selepas laporan terkini melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (A.S), Joe Biden dan Perdana Menteri China telah berhubung untuk pertama kali dalam tempoh 7 bulan.

Dalam salah satu kenyataan daripada Rumah Putih bahawa Biden dan Xi telah melakukan perbincangan strategik yang menumpukan pada isu ekonomi, perubahan iklim dan penularan Covid-19. Indeks US mula kembali kukuh berbanding matawang utama kepada paras dagangan 92.5.

Matawang greenback telah jatuh dari paras tertinggi 9 bulan pada bulan lepas sebelum ini berikutan para pelabur menantikan lebih banyak petunjuk daripada the Fed mengenai ‘tapering’.

Data inflasi A.S melonjak naik pada bulan Ogos dan membawa indikasi ia akan berterusan untuk suatu jangka masa. Disisi yang berbeza,ekonomi Kanada dilaporkan telah menambah 90,200 pekerjaan pada bulan Ogos dan kadar penangguran turun kepada 7.1% yang merupakan bacaan terendah sejak penularan pandemik.

Data pekerjaan yang dicatat pada bulan Ogos dijangka akan catat kenaikan 100,000 dan kadar pengangguran turun menjadi 7.3% pada bulan Ogos.

Matawang dolar Kanada catat pengukuhan berbanding US dolar susulan laporan pekerjaan yang positif dikeluarkan. Matawang komoditi Australia dan New Zealand terus mengekalkan momentum pengukuhan berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat