Ini Pergerakan Terkini Matawang Sebelum Penutup Hujung Minggu

915

US dolar sedikit merosot dari paras ketinggian satu tahun, memberi peluang buat matawang komoditi untuk meningkat susulan laporan yang mengatakan China telah mengarahkan syarikat tenaga untuk mendapatkan bekalan sebelum menghadapi musim sejuk.

Dagangan dolar Aussie kembali memperlihatkan kenaikan, selepas sesi menyuramkan pada sesi Asia. Sementara dolar kiwi dan Kanada turut mencatatkan peningkatan susulan laporan tersebut.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan pada 94.25.

Menyingkap kembali peristiwa yang berlaku pada bulan lalu, Federal Reserve (Fed) telah berubah hawkish dengan mengisyarat akan memulakan pengurangan pembelian aset secepatnya pada November.

Namun, menurut kenyataan terbaru dari Pengerusi Jerome Powell, data pekerjaan NFP AS yang bakal dikeluarkan pada minggu depan akan dinilai oleh bank pusat sebelum meneruskan rancangan pengurangan.

Ini sedikit menimbulkan kebimbangan pasaran memandangkan data tuntutan pengangguran mingguan pada September dilihat kurang memberangsangkan. Data PMI pembuatan ISM AS pada malam ini akan menjadi tumpuan pasaran.

Sementara itu, euro terus berada di paras terendah sejak Julai 2020, setelah jatuh sekitar 1.3% pada minggu ini. Dagangan pound pula kembali meningkat menghampiri harga 1.3500 berbanding greenback.

Pasaran turut berwaspada untuk sebarang aktiviti ‘profit taking’ terhadap matawang USD menjelang penutup dagangan hujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat