Ini Perkara Yang Diperhatikan Pelabur Menjelang Mesyuarat ECB

400

Mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari ini akan menjadi tumpuan utama pasaran yang menjangkakan kadar faedah kekal pada tahap semasa dan program pembelian bon tidak berubah.

Antara agenda utama yang akan disentuh oleh bank pusat pada hari ini adalah mengenai sasaran baru inflasinya dan bagaimana ia akan mempengaruhi dasar monetari pada masa akan datang.

Pada awal bulan ini, ECB telah mengumumkan perubahan dalam sasaran inflasinya kepada 2%, dan membenarkannya untuk meningkat lebih tinggi daripada sasaran.

Ini bertujuan untuk meyakinkan para pelabur bahawa dasar tidak akan diperketatkan sebelum waktunya dan meningkat harapan mereka untuk pertumbuhan inflasi pada masa depan, yang telah ketinggalan di bawah sasaran ECB selama hampir satu dekad.

Bagaimanapun, bank pusat dijangka akan terus dovish dalam pendekatan dasar semasanya disebabkan ketidakpastian yang masih ada, walaupun beberapa data ekonomi zon Eropah telah menunjukkan peningkatan.

Wabak coronavirus terus menjadi ancaman Eropah dan telah mendorong beberapa negara untuk mengetatkan lagi sekatan perjalanan dan kesan bencana lain, seperti banjir besar di Jerman.

Susulan itu, para penganalisis tidak mengharapkan petunjuk mengenai pengurangan program pembelian bon kecemasan (PEPP) oleh bank pusat.

Pada permulaan sesi Eropah, matawang euro diniagakan stabil di sekitar harga 1.17900 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat