Ini Perkara Yang Trader Wajib Tahu Pada Awal Minggu!

654

Pembukaan dagangan awal minggu melihatkan US dolar diperdagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama, kecuali dolar Kanada yang disokong oleh lonjakan harga minyak mentah.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan menokok pada sekitar harga 102.90 pada awal sesi Asia.

Raja mata wang itu ditutup lebih tinggi pada akhir minggu lalu, tetapi menutup dagangan bulan Mac dan suku pertama dalam kerugian selepas susut lebih 2%.

Jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan melaksanakan satu lagi kenaikan kadar sebelum menghentikan kitaran pengetatannya ekoran krisis perbankan global telah melemahkan dolar greenback pada bulan lalu..

Beralih kepada pergerakan mata wang lain, euro diniagakan pada sekitar harga 1.0810 berbanding USD, berundur lebih jauh dari paras tertinggi yang dicapainya minggu lalu.

Mata wang pound juga terus tergelincir dari paras ketinggian minggu lalu, membawanya didagangkan pada sekitar harga 1.2300 berbanding USD pada sesi Asia.

Penyusutan mata wang utama pada hari Jumaat sememangnya sudah dijangka memandangkan ia merupakan penutup dagangan untuk bulan Mac dan suku pertama, menandakan berlakunya profit taking oleh pelabur.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi turut merosot menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA) pada Selasa dan New Zealand (RBNZ) pada hari Rabu.

Berbeza dengan kebanyakan mata wang utama lain, dolar Kanada sebaliknya menguat susulan keputusan mengejutkan OPEC pada hujung minggu untuk memotong pengeluaran minyaknya.

Dalam pada itu, tumpuan utama pasaran minggu ini pastinya akan terarah kepada penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada hari Jumaat.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat