Ini Perkembangan Pasaran Mata Wang & Komoditi Menjelang Sesi New York

1,207

Sebelum dagangan memasuki sesi New York sebentar lagi dan mengakhiri hari terakhir dagangan untuk bulan April ini, jom kita teliti apa yang telah berlaku dalam pasaran kewangan semasa.

US dolar telah mengekalkan pengukuhannya ke paras tertinggi 20 tahun setelah mengatasi ketinggian pada 2017 lalu berdasarkan indeks dolar.

Namun pelabur bakal berjaga-jaga untuk kemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung di penghujung minggu ini terhadap posisi dagangan terdahulu selepas US dolar mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang minggu.

Tumpuan akan terarah kepada mesyuarat FOMC minggu hadapan untuk jangkaan kenaikan kadar faedah sehingga 50 mata asas oleh Federal Reserve (Fed), sementara Bank of England (BOE) dan Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Mata wang Yen memaparkan sedikit pengukuhan pada dagangan hari ini selepas penyusutan semalam ekoran polisi ultra-dovish yang dikekalkan oleh Bank of Japan (BOJ) semalam.

Mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia dan New Zealand juga menunjukkan peningkatan pada dagangan hari ini setelah tekanan pengukuhan US dolar di penghujung minggu sedikit reda.

Situasi sama juga untuk mata wang Eropah Pound dan Euro yang turut memaparkan peningkatan setelah masing-masing mencatatkan paras terendah terbaru pada dagangan Khamis semalam.

Namun tidak mustahil mata wang utama dalam pasaran yang meningkat ini kembali kecundang semula sekiranya US dolar kembali ‘tunjuk belang’ di sesi New York.

Indeks perbelanjaan peribadi pengguna AS yang bakal diterbitkan boleh memacu pergerakan US dolar pada penutupan dagangan penghujung minggu.

Komoditi emas dan minyak mentah juga turut mempamerkan prestasi positif dengan peningkatan sejak semalam, namun pelabur tidak meletakkan harapan tinggi dengan situasi pasaran tidak menentu buat waktu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat