Ini Permulaan Buat Minyak Mentah Pada 2023!

155
  • Minyak merosot pada pembukaan 2023
  • Kebimbangan kemelesetan meningkat

Permulaan kurang baik dipamerkan minyak mentah pada permulaan dagangan 2023 yang ditekan oleh prospek menyuramkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap ekonomi global.

Walaupun ini bukan amaran pertama dari IMF tetapi ia cukup meresahkan pasaran yang mengharapkan peningkatan permintaan dari China yang kini dibuka semula dari sekatan Covid-19.

Terbaharu, ketua IMF Kristalina Georgieva menyuarakan kebimbangan tentang tiga penggerak utama kepada pertumbuhan global; Amerika Syarikat, Eropah dan China yang mengalami aktiviti ekonomi perlahan.

Georgieva mengatakan China akan mengalami permulaan 2023 yang sukar, ditambah dengan lonjakan terbaru Covid-19 ekoran pembukaan semula yang tergesa-gesa sehingga mendorong kebanyakan negara melaksanakan sekatan lebih ketat.

Kenyataan yang dibuat pada Ahad itu menyebabkan minyak mentah dibuka suram pada hari pertama dagangan 2023, menyaksikan niaga hadapan WTI Amerika Syarikat diniagakan susut $79 setong. Sementara itu, niaga hadapan minyak Brent diperdagangkan lebih rendah pada $85 setong.

Kedua-dua penanda aras mengakhiri dagangan 2022 lebih baik, dengan dagangan Brent meningkat 7% manakala WTI AS menokok 10%, dipacu oleh perang Rusia-Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat