Ini Pula Reaksi Dagangan Komoditi Hitam Susulan Pengumuman Tarif Oleh China

391

Keyakinan bahawa OPEC+ akan menambah pengurangan pengeluaran minyak mentah sebagai tindak balas kepada impak coronavirus terhadap permintaan dan pengurangan tarif ke atas barangan import A.S telah mendorong kenaikan harga minyak hari ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 1.56% kepada $56.14 setong manakala WTI Amerika Syarikat meningkat 2% kepada $51.83 setong.

Berdasarkan perbincangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama OPEC dan bukan OPEC (JTC), Arab Saudi dikatakan bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sekurang-kurangnya 500,000 tong sehari.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak dipersetujui oleh Russia yang lebih cenderung untuk melanjutkan tempoh pengurangan pengeluaran minyak mentah yang pada asalnya akan berakhir Mac ini.

Jawatankuasa OPEC akan meneruskan perbincangan mereka untuk hari keempat pada hari ini bagi membincangkan lagi mengenai keperluan untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebagai impak coronavirus terhadap permintaan tenaga dan pertumbuhan ekonomi global.

Semalam, Reuters melaporkan bahawa penjualan bahan api penerbangan China turun 25% pada minggu terakhir bulan Januari ekoran daripada penggantungan penerbangan domestik dan antarabangsa ke negara itu akibat penularan coronavirus.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru perdagangan A.S-China, kenyataan Beijing untuk mengurangkan separuh daripada tarif barangan import Amerika Syarikat juga telah menyokong peningkatan dalam dagangan komoditi hitam hari ini.

Di samping itu, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) malaporkan bahawa inventori minyak mentah A.S telah meningkat lebih tinggi daripada jangkaan dengan peningkatan sebanyak 3.36 juta tong pada minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat