Ini Punca Harga Minyak Gagal Kekalkan Keuntungan

360

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, termasuk Rusia percaya pasaran minyak tidak perlu meningkatkan lebih banyak pengeluaran minyak mentah, seperti yang diminta oleh Amerika Syarikat.

Minggu lalu, pentadbiran Presiden AS Joe Biden telah menggesa OPEC untuk meningkatkan pengeluaran bagi menangani kenaikan harga petrol yang dilihatnya sebagai ancaman kepada pemulihan ekonomi global.

Namun, menurut sumber dari OPEC, mereka tidak melihat keperluan untuk mengeluarkan minyak tambahan lebih cepat dan tidak ada kebimbangan bahawa jadual kenaikan yang dirancang akan membuat permintaan tidak dipenuhi.

OPEC+ bersetuju pada bulan Julai untuk meningkatkan output sebanyak 400,000 tong sehari sebulan bermula Ogos sehingga pengurangan pengeluaran minyak semasa sebanyak 5.8 juta setong sehari dihentikan sepenuhnya.

Harga minyak pada mulanya meningkat susulan laporan ini, namun kembali susut berikutan tekanan yang meningkat dari penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan di seluruh dunia.

Terbaru, New Zealand mengumumkan langkah sekatan tahap 4 selama tiga hari di seluruh negara, dan tujuh hari di Auckland setelah satu kes komuniti Covid-19 pertama telah dikesan di bandar itu hari ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan susut pada $68.90 setong pada sesi Eropah, manakala WTI Amerika Syarikat pula turun pada $66.47 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat