Ini Punca Robert Kiyosaki Ramal Pasaran Bakal ‘Crash’ $1 Kuadrilion!

1,530

“Hmmm banyak betul Kiyosaki bagi pandangannya, boleh percaya ke?”

Penulis “Rich Dad Poor Dad”, Robert Kiyosaki yang pastinya dikenali ramai menyelar Federal Reserve (Fed) dengan berkata bahawa kenaikan kadar faedah oleh bank pusat mampu menghancurkan pasaran saham, bon, hartanah, dolar Amerika Syarikat (AS) serta melenyapkan $1 kuadrilion dalam pasaran derivatif*.

*Pasaran kewangan di mana derivatif seperti niaga hadapan dan opsyen diperdagangkan terdiri daripada instrumen kewangan yang digunakan untuk tujuan lindung nilai

Selain menuduh Pengerusi Fed Jerome Powell tidak jujur tentang kesan kenaikan kadar faedah terhadap inflasi, Kiyosaki membuat kesimpulan pengerusi eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF) Klaus Schwab memiliki jiwa sama seperti Powell, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen dan Presiden Joe Biden.

Walaupun inflasi menurun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, beliau turut menjangkakan ia akan meningkat semula susulan krisis perbankan yang telah menjatuhkan Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank.

Kiyosaki juga meluahkan kemarahannya ekoran tidak bersetuju dengan kenyataan Biden yang mengatakan bahawa kerajaan dapat selamatkan kemusnahan bank tanpa menggunakan wang pembayar cukai.

Umum mengetahui bahawa kos untuk mengambil alih SVB dan Signature akan dilindungi oleh hasil diperoleh Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC) sementara sebarang kos melebihi itu dibayar daripada dana insurans deposit FDIC.

Dana insurans kemudiannya diisi semua dengan “special assessment”** ke atas bank sekiranya perlu, ulas FDIC, Fed dan Perbendaharaan.

**Levi yang dikenakan oleh persatuan pemilik rumah atau kerajaan tempatan secara berkala kepada pemilik rumah dalam keadaan tertentu

Dalam pada itu, Kiyosaki mendorong pelabur untuk membeli logam berharga seperti emas dan perak selepas menegaskan isu inflasi berupaya menjatuhkan ekonomi global pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat