Harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD telah pamerkan lonjakan semalam, apa yang berlaku sebenarnya?
Dua faktor yang dilihat telah pengaruhi corak kenaikan tersebut.
Pertama, dolar Kanada alami penyusutan nilai disebabkan data indeks harga pengguna (CPI) Kanada yang diterbitkan menunjukkan kadar inflasi yang menurun.
Bacaan inflasi tahunan Kanada catat 5.9% untuk bulan Januari lebih rendah berbanding jangkaan 6.1%.
Selain itu, US dolar pula kembali paparkan pengukuhan semula setelah mendatar di awal minggu berikutan cuti umum di Amerika Syarikat (AS).
Sentimen pasaran yang dinilai bakal berisiko dengan faktor ketegangan geopolitik melibatkan Rusia dan AS turut dilihat akan memberi kelebihan kepada US dolar.
Pada carta USD/CAD, harga telah melonjak dari paras 1.34500 hingga mencapai paras ketinggian sekitar 1.35500 di penghujung sesi New York.
Menyambung dagangan ke sesi Asia dan awal sesi Eropah hari ini (Rabu), harga masih bergerak perlahan di zon ketinggian tersebut.
Pergerakan harga yang turut berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD dilihat memberi isyarat bullish buat harga.
Sekiranya kenaikan diteruskan lebih tinggi, harga bakal menuju ke zon 1.36600 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu.
Zon tersebut merupakan rintangan buat harga ketika dagangan pada awal Januari lalu.
Walaupun cenderung untuk menyambung pengukuhan, penganalisis tidak menolak harga boleh membuat terjunan secara tiba-tiba.
Susut semula di bawah paras 1.3500 akan mendorong harga menyusur rendah ke sekitar 1.34000.
Seterusnya, harga akan meneruskan lagi penurunan mencecah pula sekitar support 1.3300 yang menjadi sokongan buat harga sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG