Ini Punca Yang Menyebabkan Kemerosotan Dagangan Komoditi Hitam Hari Ini

65

Harga minyak mentah dalam sesi ini merosot berikutan ujian peluru berpandu balistik milik Korea Utara yang menimbulkan sentimen risiko di dalam pasaran. Dalam masa yang sama, pelabur juga menantikan pertemuan nama-nama besar dalam industri tenaga di Houston minggu ini yang melibatkan negara-negara seperti Russia dan Arab Saudi.

Jepun juga mengatakan bahawa mereka tidak akan bertolak ansur terhadap tiga peluru berpandu yang mendarat di dalam Zon Ekonomi Eksklusif Jepun. Korea Utara melepaskan beberapa peluru berpandu di pantai timur negara tersebut yang terbang kira-kira 1,000 km (620 batu).

WTI mentah juga menyusut pada April sebanyak 0.24 peratus kepada $53.20 setong, manakala minyak Brent bagi penghantaran Mei tergelincir sebanyak 0.20 peratus kepada $55.79 setong.

Para pelabur juga bersedia untuk mendapatkan maklumat mingguan terkini mengenai stok simpanan pada hari Selasa dan Rabu untuk mengukur kadar permintaan global. Pada lewat Ahad, Setiausaha OPEC, Mohammad Sanusi Barkindo berkata kepada pemberita bahawa OPEC dan beberapa pengeluar utama akan bertemu di Houston bagi membuat keputusan sama ada ingin melanjutkan perjanjian pembekuan bekalan pada Mei nanti atau tidak.

Selain itu, Barkindo memberitahu bahawa satu jawatankuasa pemantauan akan bermesyuarat pada 25 Mac nanti. Minggu lepas, niaga minyak ditutup lebih tinggi pada Jumaat apabila harga US Dollar menjunam besar-besaran.

Namun begitu, niaga minyak mentah masih berakhir dengan kerugian mingguan apabila peningkatan inventori minyak mentah di AS menambah kebimbangan kepada pelabur.

Peningkatan inventori ini juga berupaya menjejaskan usaha-usaha oleh pengeluar utama untuk mengimbangi semula jumlah bekalan dan mengeluarkan pasaran dari tekanan yang berterusan.

Dagangan US Dollar Sedikit Tergelincir Dalam Sesi Ini Selepas Mencatat Keuntungan Sepanjang Minggu Lepas

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat