Dagangan US Dollar Sedikit Tergelincir Dalam Sesi Ini Selepas Mencatat Keuntungan Sepanjang Minggu Lepas

35

US Dollar menjunam dalam perdagangan Asia pada Isnin selepas pelabur membuat keuntungan besar-besaran selepas kenaikan yang dicatat pada minggu lalu.

Pasaran juga dalam masa yang sama, meneliti perkembangan isu ujian empat peluru berpandu milik Korea Utara yang dilepaskan awal Isnin. Menurut Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, tiga daripadanya dikatakan mendarat di Zon Ekonomi Eksklusif Jepun.

Memetik kenyataan pengarah firma penyelidikan pertukaran asing global di Tokyo, Kaneo Ogino mengatakan bahawa tindakan Korea Utara tersebut tidak dapat diduga dan dilihat agak kerap menjalankan ujian peluru berpandu.

Cuma yang menjadi persoalannya, pasaran agak sukar untuk meramalkan reaksi Presiden Trump terhadap ujian peluru berpandu yang dijalankan oleh Korea Utara tersebut.

Dalam sesi ini, US Dollar menyusut sebanyak 0.2 peratus kepada 113.83 Yen, menurun dari paras tertinggi pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi Fed, Janet Yellen berkata pada Jumaat bahawa bank pusat akan kekal dengan jangkaan peningkatan kadar sekiranya data pekerjaan dan inflasi kekal pada paras yang kukuh pada pertemuan 14 hingga 15 Mac nanti.

Selain Yellen, empat pegawai Fed juga dijadualkan akan berucap sepanjang minggu ini.

Perkembangan politik di AS juga akan memberi kesan kepada dagangan US Dollar. Trump pada Sabtu telah menuduh bekas Presiden Barack Obama telah mengawasi panggilan beliau semasa kempen pilihanraya 2016. Namun begitu, tuduhan tersebut dinafikan oleh Obama dan pegawai risikan.

News Penting yang Berpotensi Memberi Impak Besar Buat Pasaran Minggu Ini (6-10 Mac 2017)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat