Ini Reaksi China Terhadap Tindakan Amerika Syarikat Ke Atas Negara Mereka

858

China menuduh US bertindak tidak adil dan memberi amaran bahawa negara mereka akan membalas tindakan tersebut selepas pentadbiran Trump menaikkan tarif dan mengancam tarif tambahan 10 peratus pada $ 200 bilion barangan China.

Kementerian perdagangan China berkata pada hari Rabu bahawa mereka terkejut akan hal tersebut dan bercadang untuk mengemukakan hal ini kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia/WTO. Namun China tidak dinyatakan rincian terhadap bagaimana Beijing akan bertindak balas dalam pertikaian antara dua negara terbesar dunia.

Pegawai A.S. pada hari Rabu telah mengeluarkan senarai beribu-ribu barangan China untuk dikenakan tarif baru. Barangan tersebut antaranya terdiri daripada perabot yang bernilai $29 bilion import pada tahun 2017 dan komponen komputer bernilai $20 bilion.

Pada ketika ini, senarai ini tertakluk kepada tempoh komen masyarakat awam selama dua bulan.

Dalam pentadbiran Trump sendiri juga ada yang membanta atas tindakan tersebut. Majlis Senat yang didominasi oleh parti Republik tersebut mengundi 88-11 memilih kepada resolusi agar Kongres tidak berperan dalam melaksanakan tarif tersebut. Namun kebanyakkan mereka bersetuju bahawa China telah melakukan tindakan perdagangan yang tidak adil tetapi tarif bukanlah cara terbaik.

Antara kesan pengenaan tarif ini Beijing dapat menyerang dengan mengancam perniagaan US di China seperti memperlambatkan pengesahan pelaburan sehingga termasuk boikot produk US.

Selain itu, China juga dapat menghadkan pelancongan China ke US dimana data menunjukkan pelancongan pelancong China ke US berjumlah $115 billion.

Hal ini telah menyebabkan para pelabur khuatir perang perdagangan China-Amerika yang semakin meningkat dapat memberi impak buruk terhadap pertumbuhan dan sentimen global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat