Ini Reaksi Euro Susulan Kenyataan Hawkish Penggubal Dasar ECB

252

Penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB), Robert Holzmann memberi kenyataan berbaur hawkish pada Rabu bahawa bank pusat boleh mula meningkatkan kadar faedah walaupun program pembelian bonnya belum ditamatkan.

Kenyataan ini secara tidak langsung dilihat sebagai mencabar pendirian bank pusat itu mengenai aturan langkah dasarnya yang akan datang.

Berikutan kadar inflasi mencecah rekod tertinggi baru dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ECB tidak menolak kemungkinan mengenai kenaikan kadar faedah akan berlaku pada tahun 2022.

Bagaimanapun, mereka juga menekankan bahawa penamatan pembelian bon akan didahulukan, sebelum sebarang kenaikan kadar faedah dilaksanakan.

Hal ini juga diperakui oleh beberapa penggubal dasar bank pusat lain yang memfokuskan perbincangan mereka kepada bila program pembelian bon akan berakhir.

Namun, tidak bagi ECB Holzmann yang melihat dua kenaikan kadar faedah oleh ECB tahun ini, iaitu pada musim panas dan akhir tahun walaupun pelonggaran kuantitatif belum ditamatkan.

ECB bakal mengadakan mesyuarat polisi seterusnya pada 10 Mac dan pakar ekonomi menjangkakan aturan yang sama akan ditekankan.

Para penggubal dasar juga dijangka memberi isyarat mengenai penamatan pembelian bon pada suku ketiga dan membuka pintu kepada kenaikan kadar sebelum hujung tahun ini.

Mata wang euro diniagakan positif pada awal sesi Eropah susulan kenyataan hawkish ini, selain turut disokong oleh penyusutan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat