Ini Reaksi Pada Carta EUR/USD Selepas Ucapan Jerome Powell

170

Ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada awal pagi tadi telah mengundang persepsi berbeza terhadap arah pergerakan pasaran dan turut memberi impak kepada pergerakan harga.

Menyusuli kenyataan bernada dovish pada minggu lalu, Powell menjangkakan bahawa kadar inflasi akan mengalami penurunan besar pada tahun ini.

Namun, kenyataan yang sedikit mengubah arah apabila Powell turut memberi petunjuk kenaikan kadar faedah akan dilanjutkan susulan terbitan data pekerjaan minggu lalu yang kukuh.

Justeru, mata wang US dolar pada dagangan sesi New York semalam pada mulanya susut dilihat kembali meningkat semula.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, penurunan harga telah dipamerkan di sesi Eropah sehingga mencecah paras 1.06700.

Namun, lonjakan sekitar hampir 100 pips berlaku menyaksikan harga menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Kemudiannya harga susut semula selepas gagal melepasi halangan MA50 itu menunjukkan pergerakan harga masih dalam trend bearish.

Penurunan lebih rendah bakal diteruskan jika harga kembali susut di bawah paras 1.07000 dan melepasi paras yang dicecah semalam.

Seterusnya, harga dilihat akan menuju ke paras tumpuan seterusnya yang berada pada 1.06000.

Namun jika lonjakan berlaku melepasi halangan MA50, akan menjadi petanda awal bagi pelabur menjangkakan kenaikan harga akan bermula.

Sasaran awal untuk dicapai adalah pada 1.08000 sebelum kenaikan diteruskan menuju semula ke paras tumpuan minggu lalu sekitar 1.09000 dan rintangan 1.1000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat