Ini Reaksi Pasaran Matawang Susulan Kenyataan Hawkish Fed!

482

Kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed) mengenai kenaikan kadar faedah telah mendorong lonjakan dagangan US dolar dan membenam kebanyakan mata wang utama lebih rendah pada sesi Asia.

Susulan mesyuarat polisi FOMC yang berlangsung pada awal pagi tadi, Fed memberi indikasi bahawa kadar faedah mungkin akan dinaikkan pada bulan Mac apabila program pembelian bon mereka berakhir.

Bukan itu sahaja, tetapi Fed juga mengatakan kesediaan para penggubal dasar untuk bergerak lebih agresif dalam memerangi lonjakan inflasi Amerika Syarikat yang kini berada di tahap paling tinggi hampir 40 tahun.

Hal ini telah memacu kenaikan US dolar ke paras tertinggi lima minggu, dengan indeks dolar didagangkan mengukuh pada sekitar harga 96.56 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Kenaikan ini turut menyusuli peningkatan hasil bon AS 10 tahun ke sekitar tahap tertinggi 2 tahun pada 1.88% yang meningkat ekoran keyakinan Fed terhadap pertumbuhan ekonomi semasa dan impak varian Omicron hanya sementara.

Sementara itu, dagangan euro merosot lebih rendah dengan pergerakan harga menghampiri paras terendah dua bulan. Mata wang pound pula menjunam ke tahap terendah tiga minggu berbanding USD.

Selain itu, pengukuhan mata wang US dolar turut membenam dolar Aussie ke paras terendah satu bulan, dan kiwi pula paling rendah sejak November 2020.

Tumpuan pelabur kini beralih kepada bacaan awal data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk suku keempat data tuntutan pengangguran pada sesi New York hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat