Mesyuarat FOMC : Fed Sedia Naikkan Kadar Faedah Pada Mac?

824

Menepati jangkaan secara meluas, Federal Reserve (Fed) akhirnya menyatakan kesediaannya untuk menaikkan kadar faedah tidak lama lagi pada mesyuarat polisi FOMC yang berlangsung awal pagi tadi.

“Sejajar dengan penamatan pembelian bonnya pada Mac, para penggubal dasar bercadang untuk menaikkan kadar faedah pada mesyuarat polisi seterusnya dengan mengandaikan bahawa syarat-syarat yang sesuai untuk berbuat demikian,” kata Pengerusi Jerome Powell.

Kenyataan itu dibuat sebagai tindak balas kepada inflasi yang meningkat ke tahap tertinggi hampir 40 tahun dan pasaran pekerjaan yang menunjukkan pengukuhan dengan kadar pengangguran telah kembali ke tahap pra-pandemik.

Dalam pada itu, Powell turut mengatakan kenaikan faedah seterusnya dan pengurangan dalam pegangan aset bank pusat akan menyusul mengikut keperluan, selain menambah bahawa beliau yakin mereka boleh mengambil tindakan tanpa menjejaskan pemulihan.

Beliau juga mencadangkan pada para penggubal dasar bersedia untuk bergerak lebih pantas sambil menyatakan bahawa ekonomi adalah lebih kukuh daripada tahun 2015.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila Fed turut menyebut mengenai kesediaan mereka untuk mengurangkan kunci kira-kira (balance sheet). Pengurangan ini akan menjadi tumpuan Fed sebaik sahaja program pembelian bon mereka tamat.

Hal ini demikian kerana, Powell pernah mengatakan bahawa mereka tidak akan melakukan pengurangan dalam balance sheet kerana ia memerlukan lebih masa untuk berbincang mengenainya.

Tuntasnya, Fed memutuskan untuk membiarkan kadar faedah tidak berubah pada julat sasaran 0 hingga 0.25% dan mengulangi semula bahawa program pembelian bonnya akan berakhir pada bulan Mac pada mesyuarat polisi edisi Januari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat