Ini Reaksi Pasaran Terhadap Kesepakatan Bersejarah Pelan Dana Pemulihan Eropah!

573

Para pemimpin Kesatuan Eropah pada hari ini telah mencapai kesepakatan bersejarah dalam pelan dana pemulihan Eropah € 750 bilion ketika rundingan memasuki hari kelima di Brussels. Pemulihan dana tersebut adalah sebagai langkah untuk mengekang impak penularan wabak Covid-19.

Perjanjian tersebut telah membuka ruang bagi Suruhanjaya Eropah untuk mengumpulkan berbilion euro di pasaran modal. Kesepakatan yang dicapai ini melambangkan suatu tindakan solidariti dimana ia belum pernah terjadi sebelumnya dalam hampir 7 dekad lamanya.

Presiden Majlis Eropah, Charles Michel yang juga mempengerusikan sidang kemuncak EU memberitahu perkara tersebut pada jam 0315 GMT.

Sebelum ini ramai dalam kalangan penganalisis pasaran telah memberi amaran bahawa jika sidang kemuncak ini gagal untuk mencapai kesepakatan maka blok tersebut berkemungkinan akan berhadapan dengan kelembapan ekonomi untuk jangka waktu yang lebih panjang, ditambah pula dengan pengunduran UK dari EU baru-baru ini.

Pasaran saham Kesatuan Eropah dibuka lebih tinggi pada hari Selasa dan euro mengukuh ke paras tertinggi empat bulan iaitu pada paras $1.1470. Para pemimpin berharap dana pemulihan yang bernilai 750 bilion euro dapat membantu memperbaiki kelembapan ekonomi terburuk yang dihadapi oleh EU sejak Perang Dunia Kedua.

Persidangan itu akhirnya mencapai persetujuan dengan cadangan yang diusulkan Michel untuk mengagihkan €390 bilion bagi pemberian dalam bentuk geran dan €360 bilion dalam bentuk pinjaman.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat