Ini Reaksi Pound Susulan Data Pekerjaan UK Yang Positif

386

Pembukaan sesi Eropah menyaksikan penerbitan data pekerjaan UK yang menunjukkan kadar pengangguran jatuh ke tahap terendah satu tahun pada bulan Julai.

Terbaru, Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan kadar pengangguran menepati jangkaan dengan menurun kepada 4.6% dari 4.7% dalam tempoh tiga bulan hingga Julai, angka paling rendah pernah dilihat sejak Jun-Ogos 2020.

Sementara itu, penggajian di syarikat UK juga meningkat dengan sebanyak 241,000 pekerja telah ditambah pada bulan lalu, membawanya kembali ke tahap pra pandemik selepas lebih banyak sekatan ekonomi dilonggarkan.

Di sebalik kenaikan ini, kekosongan berada pada tahap tertinggi ketika firma-firma dari seluruh ekonomi berusaha untuk mengisi jawatan, terutama di sektor perhotelan, pengangkutan dan penyimpanan.

Kekosongan kerja melonjak 35% pada suku itu, menyaksikan jumlah yang dicatatkan meningkat kepada 1.03 juta. Ini merupakan kali pertama ia meningkat melebihi 1 juta.

Dalam pada itu, pertumbuhan tahunan upah dilihat sedikit menurun, tetapi masih tetap tinggi dengan dipengaruhi oleh faktor sementara yang telah meningkatkan kenaikan kadar pertumbuhan utama.

Ekoran daripada bacaan yang memberangsangkan ini, matawang pound mencatat kenaikan lebih tinggi pada awal sesi Eropah dengan diniagakan sekitar 1.3860 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat