Ini Respon Pasaran Minyak Mentah Terhadap Rancangan Sekatan Trump Terhadap Entiti Iran

40

Harga minyak mentah meningkat pada Jumaat selepas Presiden Donald Trump dikatakan telah bersedia untuk mengenakan sekatan terhadap beberapa entiti Iran, sekali gus menambah ketegangan geopolitik diantara kedua-dua negara.

Reuters melaporkan bahawa AS telah meletakkan sasaran terhadap lebih dari 12 entiti Iran berikutan ujian peluru berpandu balistik Tehran.

NYMEX mentah bagi penghantaran Mac naik 37 sen kepada $53.91 setong selepas menjunam kepada 34 sen setong.

Dalam masa yang sama, Mentari Tenaga Russia, Alexander Novak mengatakan bahawa pengeluaran minyak mentah global telah dipotong sebanyak 1.4 juta tong sehari bulan lepas. Langkah ini merupakan sebahagian dari usaha OPEC dan beberapa pengeluar utama yang lain dalam mengurangkan jumlah bekalan logam hitam.

Novak juga berkata bahawa syarikat-syarikat Russia mungkin akan mengurangkan pengeluaran minyak lebih cepat dari jangkaan. Disamping itu, beliau turut menjangkakan bahawa pasaran akan kembali seimbang pada pertengahan tahun ini.

US Dollar Mula Mengambil Nafas Sederhana Dalam Sesi Asia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat