US Dollar Mula Mengambil Nafas Sederhana Dalam Sesi Asia

31

US Dollar mula mengambil nafas dalam sesi Asia selepas mengalami kerugian sepanjang minggu ini sementara menantikan data NFP dan isyarat kenaikan kadar oleh Fed pada masa akan datang.

Data yang dikeluarkan oleh Fed semalam menunjukkan bahawa bilangan rakyat Amerika yang memfailkan faedah penagngguran jatuh melebihi jangkaan. Bagi data NFP, pasaran menjangjakan peningkatan sebanyak 175,000 jumlah pekerjaan pada bulan Januari.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar melawan enama matawang utama meningkat 0.1 peratus kepada 99.867.

US Dollar telah mula menunjukkan peningkatan ketara sebaik sahaja Trump memenangi pilihanraya November lalu. Namun begitu, dasar perlindungan Trump dan sekatan imigresen telah mengurangakn selera pelabur terhadap matawang itu menyebabkan kebanyakan pelabur menjual Dollar mereka.

Ketua Penyelidik Pendapatan Tetap bagi US Bank Wealth Management di AS iaitu Jennifer Vail, kekuatan Dollar telah ditarik balik akibat ketidaktentuan dalam pasaran. Kebanyakan tajuk-tajuk utama juga mengeluarkan kenyataan yang mempunyai kaitan dengan matawang tersebut.

Hal ini juga termasuk sekatan baru yang akan dikenakan oleh Trump ke atas Iran dan cuba meletakkan lebih tekanan terhadap Tehran.

Berbanding Yen, US Dollar telah meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 112.94 Yen.

Dalam pada itu, Euro didagang stabil pada $1.0758 selepas meningkat setinggi $1.0829 semalam.

 

Brexit Masih Meninggalkan “Parut” Buat UK : Mark Carney

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat