Brexit Masih Meninggalkan “Parut” Buat UK : Mark Carney

38

Tindakan UK untuk keluar dari Kesatuan Eropah masih meninggalkan kesan walaupun pertumbuhan dan inflasi diramal kukuh, kata Gabenor Bank of England, Mark Carney.

Dalam laporan suku tahunan tersebut, beliau telah menjangkakan pertumbuhan ekonomi untuk meningkat sebanyak 2.0 peratus pada tahun ini, meningkat dari unjuran sebanyak 1.4 peratus sebelum ini.

Ekonomi negara juga dijangka berkembang kepada 1.6 peratus dan 1.7 peratus bagi tahun 2018 dan 2019.

Namun begitu, Carney berkata bahawa undian Brexit masih meninggalkan kesan walaupun ramalan telah dinaikkan.

Menurut Carney, langkah rangsangan yang diterapkan ke dalam ekonomi telah memberikan “cengkaman yang lebih” daripada jangkaan awal.

Justeru prospek ekonomi dinilai bertambah baik dan menjadikan perbelanjaan pengguna kekal kukuh disamping meningkatkan perbelanjaan isi rumah.

Kadar inflasi UK juga mungkin akan mencapai sasaran sebanyak 2 peratus bulan ini disebabkan kejatuhan sterling sebanyak hampir 20 peratus sejak referendum yang lalu.

Polisi Forex akan Bertukar Kepada Isu Politik Jika dibincangkan Dalam Kalangan Pemimpin Dunia : Shinzo Abe

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat