Dasar polisi matawang bukanlah sesuatu yang harus dibincangkan dalam kalangan pemimpin-pemimpin dunia. Hal ini kerana, tindakan itu akan menukarkan tujuan polisi tersebut kepada isu politik semata-mata.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengeluarkan kenyataan ini apabila Donald Trump dan ketua perdagangan AS mengkritik polisi di China dan Jerman, termasuk Jepun yang dikatakan sengaja merendahkan nilai matawang bagi meraih keuntungan terhadap ekonomi Amerika Syarikat.
Abe memberikan pandangan tersebut di parlimen ketika ditanya sama ada Abe akan membincangkan isu itu ketika bertemu Trump minggu depan.
Menurut Abe secara ringkas, beliau akan memberi penjelasan (mengenai dasar Jepun) jika ditanya.