Ini Punca Euro Terbang ke Paras Tertinggi Pada Tahun 2017!

67

Euro mencecah paras tertinggi pada tahun 2017 berbanding US Dollar selepas mesyuarat Fed baru-baru ini gagal memberikan sebarang isyarat kenaikan kadar yang selanjutnya.

EURUSD menyentuh paras tertinggi kepada 1.0819 iaitu paras yang paling tinggi semenjak 8 Disember, meningkat sebanyak 0.36 peratus.

Dalam satu kenyataan dasar monetari terbaru, Fed menyifatkan bahawa ekonomi negara semakin kukuh dan penggubal dasar juga melihat pertumbuhan ekonomi secara berterusan.

Namun begitu, Fed masih gagal untuk memberikan isyarat yang lebih jelas mengenai kenaikan kadar yang selanjutnya bagi menilai prospek dasar perlindungan dan kewangan di bawah pentadbiran Trump.

Euro turut melonjak selepas penasihat perdagangan Trump menuduh Jerm sebagai memanipulasi matawang bagi mendapatkan keuntungan terhadap Amerika Syarikat.

Dalam ucapan berasingan, Trump pula mengkritik China dan Jepun dan mengatakan bahawa mereka sengaja mengurangkan menurunkan nilai matawang mereka.

Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa kadar pertukaran Dollar boleh dilihat memainkan peranan penting di dalam agenda ‘America First’ oleh Trump.

Kenyataan Fed yang sedikit dovish juga menjadi punca kelemahan US Dollar walaupun ekonomi dinilai berada pada landasan yang betul.

Euro juga dinilai lebih tinggi berbanding Pound, dengan EURGBP meningkat sehingga 0.45 peratus kepada 0.8545 sementara pelabur masih memberikan tumpuan terhadap laporan suku tahunan inflasi dan keputusan kadar faedah di England.

Ini Yang Terjadi Kepada Pasaran Minyak Mentah Disaat Jumlah Pengeluaran Masih Ditahap Yang Membimbangkan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat