Ini Yang Terjadi Kepada Pasaran Minyak Mentah Disaat Jumlah Pengeluaran Masih Ditahap Yang Membimbangkan

42

Harga minyak merosot pada Khamis selepas data rasmi menunjukkan bahawa minyak mentah AS dan stok simpanan petrol meningkat dengan mendadak walaupun OPEC dan beberapa pengeluar lain menunjukkan tanda-tanda pengurangan bekalan untuk menyokong harga logam hitam.

Brent mentah menjunam sebanyak 24 sen atau sebanyak 0.4 peratus kepada $56.56 setong.

WTI mentah pula didagang menjunam sebanyak 28 sen atau 0.5 peratus kepada $53.60 setong.

Stok minyak mentah AS meningkat pada minggu lepas kepada nilai yang tidak disangka-sangka sebanyak 6.5 juta kepada 494.76 juta.

Peningkatan ini benar-benar tidak dijangka sehingga melebihi jangkaan penganalisis pasaran sebanyak 3.3 juta tong.

Dalam masa yang sama, stok petrol meningkat sebanyak 3.9 juta tong. Permintaan petrol sedikit menurun sebanyak 5.7 peratus sejak 4 minggu yang lalu.

Harga sebelum ini sedikit disokong selepas OPEC dan beberapa pengeluar lain bersetuju untuk mengurangkan bagi membendung masalah lebihan bekalan.

Tinjauan pada awal minggu ini oleh Reuters juga menunjukkan bahawa OPEC dan beberapa pengeluar lain menunjukkan pematuhan yang tinggi terhadap perjanjian yang telah dimaterai.

Menurut laporan daripada BMI Research, pertumbuhan pengeluaran minyak akan kekal kukuh, dengan jangkaan peningkatan sebanyak 2.44 juta tong sehari diantara 2017 sehingga 2021.

Kontroversi : Panggilan Telefon Bersama Perdana Menteri Australia Ini Benar-Benar Mengundang Kemarahan Trump!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat