Kontroversi : Panggilan Telefon Bersama Perdana Menteri Australia Ini Benar-Benar Mengundang Kemarahan Trump!

88

Panggilan telefon di antara Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull terus menjadi isu hangat dalam kalangan media apabila perbincangan melalui telefon itu dikhabarkan tidak berjalan dengan baik.

Washington Post melaporkan bahawa Trump telah mengadakan panggilan telefon dengan beberapa pemimpin dunia pada hari yang sama. Bagaimanapun, Trump menyifatkan bahawa panggilan telefon diantara beliau dan Turnbull ini adalah yang terburuk setakat ini. Beliau juga telah menamatkan panggilan dalam tempoh 25 minit walaupun perbincangan dengan Turnbull yang juga bekas pegawai bank Goldman Sachs itu telah dijadualkan selama satu jam.

Antara isu yang hangat dibincangkan antara kedua-dua pemimpin itu ialah isu pelarian yang dimaterai sewaktu pemerintahan Obama. Pentadbiran sebelum ini telah mempersetujui usaha untuk menempatkan pelarian di Pualu Manus dan Nauru. Dalam perbincangan tersebut, Trump mengesahkan bahawa beliau akan menerima sejumlah 1,250 pelarian dari Australia, namun akan menjalankan tapisan melampau sebelum menerima mereka.

Dalam masa yang sama, Trump melaporkan bahawa perjanjian ini adalah perjanjian yang paling teruk pernah dipersetujui oleh beliau.

Ini Perkembangan Penting Matawang AUD dan USD Yang Semua Trader Mesti Tahu!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat