US Dollar kembali menyusut pada hari Khamis selepas kebanyakan pelabur beranggapan bahawa pendirian Fed yang kurang agresif agak mengecewakan pasaran. Dalam masa yang sama, Dollar Australia bangkit sejurus selepas negara itu mengumumkan lebihan dagangan bagi bulan lepas.
Aussie menambah sekitar 0.6 peratus kepada $0.7620 selepas mendaki puncak tertinggi sejak November 2016.
Data dari Biro Perangkaan Australia menunjukkan lebihan dagangan sebanyak A$3.51 Billion ($2.68 Billion) pada bulan Disember.
Fed sebelum ini memberi pandangan yang agak yakin terhadap ekonomi AS pada mesyuarat pertamanya sejak Donald Trump mengambil alih jawatan Presiden AS. Matawang ini juga meningkat dalam sekelip mata disamping komen Fed yang menyatakan bahawa inflasi kekal pada tahap rendah.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama yang lain kali terakhir dinilai pada 99.607.
Berbanding Yen, US Dollar menyusut sebanyak 0.2 peratus, meningkat sedikit dari paras dagangan semalam.
Fed buat masa ini kekal dengan pendirian untuk tidak memberikan apa apa isyarat mengenai kenaikan kadar. Namun, institusi ini berpandangan bahawa sektor pekerjaan kekal kukuh dan keyakinan terhadap ekonomi semakin meningkat.
Dalam masa yang sama, pasaran kekal bimbang mengenai sebarang komen dan pendirian Trump yang bakal mengubah corak pasaran pada masa akan datang.
Emas Melakukan Sedikit Terjunan Sejurus Selepas Pengumuman Dasar Terkini oleh Fed