Emas Melakukan Sedikit Terjunan Sejurus Selepas Pengumuman Dasar Terkini oleh Fed

54

Harga emas menyusut sedikit di Amerika Syarikat pada Rabu selepas Fed mengeluarkan laporan semakan dasar terkini.

Gold futures bagi penghantaran April di Comex menyusut sebanyak 0.08 peratus kepada $1,210.40 satu troy ounce.

Fed, seperti dijangka masih mengekalkan kadar faedah pada tahap sama, namun masih optimis terhadap prospek ekonomi selaras dengan sasaran kadar pinjaman semalaman yang dinaikkan dari 0.5 peratus kepada 0.75 peratus pada Disember lalu.

Dalam mesyuarat tersebut juga, sentimen pengguna dan perniagaan dinilai bertambah baik sejak kebelakangan ini.

Keputusan Fed untuk menaikkan kadar pada Disember lalu juga kekal mengukuh dengan kadar pengangguran yang menyusut baru-baru ini.

Di tempat lain, copper futures merosot sebanyak 0.49 peratus kepada $2.217 Pound sambil kebanyakan pelabur memantau perkembangan mogok oleh pekerja-pekerja di Chile yang juga merupakan lombong tembaga yang terbesar di dunia.

The Fed Tidak Begitu Optimis, Inflasi Masih di bawah Sasaran  

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat