The Fed Tidak Begitu Optimis, Inflasi Masih Di Bawah Sasaran

62

The Fed mengekalkan kadar ‘Fed Fund Rate‘ di paras 0.75%, menepati jangkaan pasaran sebelum ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, FOMC masih yakin dengan kenaikan jumlah pekerjaan yang terus kukuh dengan kadar pengangguran masih kekal di paras rendah. Keyakinan pengguna juga semakin baik sejak akhir-akhir ini, tetapi pelaburan tetap masih lagi lemah.

Inflasi terus meningkat dalam beberapa suku-tahunan sebelum ini, tetapi masih di bawah sasaran jangka panjang. The Fed menjangka sasaran inflasi 2% akan dapat dicapai dalam jangka masa sederhana. Ahli FOMC akan terus memerhati petunjuk ekonomi ini sehingga sasaran dapat dicapai.

FOMC menyatakan akan terus mengambil kira maklumat-maklumat pasaran termasuk pasaran buruh, petunjuk inflasi dan jangkaan inflasi. Tidak lupa juga kepada petunjuk kewangan dan ekonomi global.

Tiada komen berkaitan polisi fiskal dan maklumat spesifik tentang US dolar.

Dalam kenyataan FOMC kali ini, The Fed dilihat tidak begitu optimis terhadap tren terkini inflasi khususnya dalam peningkatan harga. Begitu juga dengan kenaikan pertumbuhan ekonomi dan tiada isyarat bahawa kadar akan dinaikkan dalam mesyuarat Mac.

Secara keseluruhan, tiada perhatian yang signifikan kepada petunjuk inflasi dan tiada komen yang menggambarkan kadar boleh dinaikkan dalam kadar yang lebih pantas. Ditambah lagi dengan komen tentang anggaran asas kepada inflasi yang masih rendah telah menyebabkan US dolar lemah berbanding matawang utama yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat